Wednesday, May 21, 2014

Lebah Kelulut

“Lebah kelulut merupakan antara tarikan utama pengunjung ke Great Farm. Kira-kira 150 sarang kelulut yang terdiri daripada 22 spesies serangga itu diternak di sekeliling ladang ini. Pengunjung dapat melihat proses mengambil madu dan kitaran kehidupan kelulut secara mendalam,” ujar Ibrahim

 
 Kelulut merupakan jenis serangga yang berbeda dengan lebah madu pada umumnya. Namun, ia dapat menghasilkan madu seperti lebah madu maka dari itu banyak yang menyebutnya Lebah Kelulut. Ia dapat ditemui di hutan hujan tropis. Ada beberapa jenis Lebah Kelulut beberapa diantaranya diternak oleh Bpk. Ibrahim yakin spesies Homotrigona, Odontotrigona, Lophotrigona, dan Tetragonilla. Kebanyakan spesies Kelulut tergolong dalam keluarga Melipononi di bawah pecahan Trigona. Habitat asal Kelulut berada di permukaan batang pohon-pohon di kawasan hutan. Hal ini menyebabkan orang yang ingin beternak Kelulut perlu memotong batang pohon yang menjadi habitat asal untuk dibawa pulang. Kemudian kotak lebah dibuat di bagian atas potongan pohon itu untuk memudahkan proses pengambilan madu.





“Rasa setiap madu kelulut berbeza mengikut spesies. Kebanyakan madu kelulut rasanya manis malah ada juga mempunyai rasa masam. Dianggarkan sebanyak 18.5 peratus air terkandung dalam madu kelulut yang menyebabkan teksturnya lebih cair berbanding madu lebah."

Ada lebih dari 200 jenis buah-buahan yang menjadi makanan Lebah Kelulut seperti kedondong, mangga, jambu, dan lain-lain. Tanaman-tanaman tersebut membantu Kelulut mengambil nektar yang kemudian akan diproses menjadi madu. Sumber makanan Lebah Kelulut juga membedakan spesies ini dengan Lebah Madu dimana ia biasa hanya mengambil nektar dari bunga saja. Selain itu sumber makanan yang baik untuk Lebah Kelulut juga membantunya untuk menghasilkan madu yang berkualitas baik dan berkhasiat.


(http://www.lebahkelulut.com/blog/)

No comments:

Post a Comment